Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?
Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi
fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.
Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu
sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu
anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau
tidak.
Peringatan :
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan
1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia
Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda
mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba
berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa
buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih
‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi
apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian
menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa
bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia
berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.
2. Dia Asyik Curi Pandang Anda
Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di
sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian
ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna
dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia
mencintai anda.
3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda
Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana
membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba
membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2
lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada
wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.
4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda
Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah
orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan
anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan
orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan
bersandiwara mencintai anda.
5. Dia Jujur Kepada Anda
Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas
berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah
peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat
karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan
dusta semata-semata.
Pesanan Ringkas Di Sini
Ramai yang menghantar email kepada saya bertanya tentang kenaikan harga
Ebook Seni Selamatkan Cinta. Harga masih kekal lagi dan kepada yang ingin menyelamatkan hubungan yang dilanda masalah atau pun memerlukan ‘
pil kecemasan‘ untuk hubungan anda, maka
segeralah membaca Ebook Seni Selamatkan Cinta
Tidak ada komentar:
Posting Komentar